Pada pagi itu,seperti mana pagi-pagi yang lain,aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.
"Assalamualaikum" seru
Subuh.
"Wa'alaikumussalam" sahutku.
Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Aku bertanya khabar
Subuh,
bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi," kata
Subuh dengan sayu, "....aku baru sahaja melintasi satu tempat.Kucari tempat
persinggahan,ku ketuk rumah-rumah yang sunyi,tapi stau pun tiada yang mahu menerimaku
sebagai tetamu."Dan air mata
Subuh pun berlinangan.
"
Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?"
Subuh mengangkat mukanya.
"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai.Orang-orangnya sepertimu,
menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta
mengiurkan.Hidangan yang paling kusuka adalah buah
Tahajjud,puas kucari di bumi lain,tapi
jarang kujumpa."
"Di situ aku meratah buah
Tahajjud dengan puas serta leka."
Dan subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud
Subuh.
"Maaf
Subuh,aku tiada menanam pohon
Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu
dengan buah yang kau sukai."
"Tapi aku ada roti Shiyam,"cadangku pada
Subuh.
Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punyanya,"kata
Subuh.
"Adakah kau mahu manisan
Zikir?"rayuku pada
Subuh.
"Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas
air mata tangisan,"
pinta
Subuh.
Aku agak sugul.Bagaimana haruusku beritahu pada
Subuh yang
air mata tangisanku sudah hampir
kekeringan akibat kemarau
Maksiat yang berpanjangan?
Namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan air mata tersebut.
Aku terkejut,Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan kau berdetik di dalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi,kubawa air tersebut pada
Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuapkan manisan
yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya,
Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"
Subuh.."seruku."Mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai
Subuh."
Subuh tersenyum,"Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,seperti mana aku menguliti mimpimu."
Aku akur dengan penjelasan
Subuh.
"
Subuh.."seruku lagi apabila melihat
Subuh bersiap untuk pergi,"sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaALLAH,"jawab
Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan tetap tetapi tetap.
"Assalamualaikum" seru
Subuh.
"Waalaikumussalam" jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah
Subuh yang semakin laju dengan setiap pandangan.
Terlintas difikiranku ini apalah agaknya keluh kesah dari
Zohor,
Asar,
Maghrib dan
Isyak?
namun jawapannya tersirat dalam diri kita sendiri.
"sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang tak baik itu daripada diri kita sendiri"
"Sesungguhnya ALLAH itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam seluruh permasalahan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
~Soutul Naajihin~
ALLAHURABBI~