Search This Blog

Monday, June 28, 2010

Perjuangan perlu diteruskan..

Pantas betul masa berlalu..
Lg seminggu aje sahabat-sahabatku nak berangkat..
Berangkat ke medan perjuangn yang baru..
Melangkah ke gerbang ilmu,
Utara,Selatan,Timur dan Barat..
Pastinya lebih mencabar..
Syaza,
Sakinah,
Fairuz,
Ainni,
Hamidah(pah)
Amirah Fazlin,
Ain,
Razanah,
Izati,
Amirah Syazwani,
Rafidah,
Suhada,
Ummu,
Izzah,
Aina,
Ainatul,
n sahabat2ku yg laen..
(ramai lg yg nk disebutkan)

Rinduuunyerrrr....... 
dan
Aku..??

Walau di manapun kita berada,
perjuangan perlu diteruskan,
cabaran mungkin berbeza..
tp ia tetap ada,
cabaran yg memerlukan kekuatan dan kemantapan jiwa..


Ku doakan kalian terus bersemangat
dalam meneruskan perjuangan,
demi ibu ayah,keluarga,bangsa dan yg utama
demi Islam..
Sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan ALLAH,
walau di mana pun kalian berada..
InsyaALLAH..
Semoga ukhuwah kita sentiasa bertaut,keranaNya..

Selamat Berjuang sahabatku!!
(^_^) 


ALLAHURABBI~

Friday, June 18, 2010

Aku mengerti..

Ye ya ukhti..Kan kusemat di hati..
Syukran jazilan..

"Segalanya Milik ALLAH..
Demi ALLAH  dan
Untuk ALLAH.."

ALLAHURABBI~

Segalanya MilikMu..

Segalanya Milik-Mu

Mestica


kau yg mencptakn cinta
dan kau jua yg menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun hrpn
impian tulus stiap insan

kau yg mengutskn duka
dan engkaulh yg mengirimkn hampa
namun padaMu jua diadukn
merebahkn keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yg terbaik utkku
tak semuanya yg ku mahu...

munculh hangat nafas yg terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronda rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
tlh kau titipkn kekuatn oh tuhan..


ALLAHURABBI~

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Syukur padaMu Ya ALLAH..
Walau pada mulanya hatiku meronta,
Namun,ku tahu segala yg Kau berikan itulah yg terbaik untukku..
Pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
Ku yakin padaMu Ya ALLAH..
Yg mengatur segalanya untukku..
Walau di mana pun aku,aku tetap hamba ALLAH..
Yg sentiasa berusaha untuk mendalami sedikit drpd ilmuMu..
Ya ALLAH,permudahkanlah segala urusanku..


Yakinku pd FirmanMu:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"

(Al Insyirah:5&6)


Syukur sentiasa untukMu Ya ALLAH,
Kau dengar permohonanku,
Agar sahabatku itu teruskan perjuangannya,
Moga hingga ke akhirnya..
InsyaALLAH..


Alhamdulillah..

ALLAHURABBI~

Thursday, June 17, 2010

Selamat Jalan adikku..

Assalamualaikum..



Tarik nafas.....dalam2....dalam lg...lg....
Oopppss,,tahan....tahan....
Lepas....
Hahhh...segarnye rase kan..

Inilah nikmat udara yg ALLAH kurniakan kpd kita untuk kita bernafas..
Helaan demi helaan,,
Dari saat ke saat,hari ke hari,tahun ke tahun..
Sehinggalah waktu ini..detik ini..
Alhamdulillah..
Masih berpeluang kita melihat bumi ciptaan ALLAH..
Subhanallah..
Sama-sama kita lihat dgn pandangan hati kita..
Hijaunya daun,birunya awan..
Syukur ats segala nikmat kurniaanNYA,
Kita hidup di atas muka bumi ini..

Hampir 5 bulan rupanya adikku pergi..
Pergi jauh meninggalkan segala yg ada di dunia ini..
Melainkan harta amalannya,ilmunya yg dimanfaatkan,dan doa drpd mereka yg soleh..

Msh teringat lg saat itu..
Deringan telefon..
Panggilan drpd ayahku..
"kak,akim accident!"
"Lahaulawalaquwataillabillah!!dekat mana ayah??"

Waktu tu..aku sorang kat umah..adik2ku yg lain kat asrama..
Mamaku keje..belum pulang..
Waktu ayah menelefonku,ayah br dapat tau n terus bergegas ke tempat kejadian..

"Kak!tu akim kak!!tu akim!..terbaring lg tu..kak....!"
"Allah!!Ayah,,cepat yah,,cepat tgkkan akim"

Aku terduduk kaku..tak terdaya rasenya..
Tgnku bergetar..jantungku bagaikan tak berdegup..

Ku gagahkn jua,telefon mama..

"Assalamualaikum..blh ckp dgn mama?"
"Wa'alaikumussalam..mama tgh solat asar,mama dh tau ttg akim..sabar farah..banyakkan berdoa..nanti kak Ina bgtau mama yg Farah telefon ye.."Kak Ina(pekerja mamaku) menjawab panggilanku.Cuba menenangkanku.

Beberapa minit slps tu,mamaku sampai umah..
Sepupuku yg pandu kereta,menuju Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Sepanjang perjalanan,aku cuba menenangkan diriku dan jg mama.Cuba beri kekuatan kpdnya.
Aku maklumkan kpd sahabat2ku,agar mereka dpt mendoakan sama.


Damai KasihMu Ilahi

Hadirnya bak hembusan bayu,
Tenang jiwa bersama Yg Satu,
Itulah Iman penyeri kalbu..

Sentuhannya jauh mendalam,
Di jiwa yang dahulunya kelam,
Bersemi di kejauhan malam,
Mengharap kasih Tuhan semesta alam..

Untaian keampunan itu,
adakah kekuatan amalku mampu..?
Ya tuhan..
Ampunilah dosa-dosaku..
Yg silamnya kaku dipenjara nafsu..

Ya ALLAh,
Akan kupatri janji padaMu,
Hingga hujung waktuku,
Walau di mana pun aku..
Kerana aku rindukan sentuhanMu,
Yg 1 masa dahulu pernah menyapaku..
Sungguh mendamaikan kalbu..

Namun,
Kealpaan menghanyutkan akal,
CintaMu menjadi taruhan,
Akhirnya karam bersama Iman..

Kini,
Kucari kembali,
Kasih yg mendamaikan hati,
Di lautan duniawi,
Demi cintaMu yg sejati,
Menuju syurga firdausi..

Ku mohon padaMu Ya Rabbi,
Andai ditakdirkan aku bernafas
setakat ini,
Moga akhirku dgn husnul khatimah,
Dijauhi dari suu ul khatimah..

Nanti,
sampaikan pada ukhtiku ini,
Ukhuwah terjalin tetap bersemadi,
Meskipun aku tiada nanti..
Rindu dan sayangku kpd ukhtiku ini,
Di bawah naungan cintaMu ya Ilahi..
Moga kan tetap didingati...

~ALLAHURABBI ~

Yg ke 18,tiada lg..

Assalamualaikum..
Sms drpd mama..

Salam!Hari ini,11 June adalah ulangtahun Luqman Hakim yg ke 18 tahun.
Semoga dia aman di sana di sisi ALLAH Taala
dan bersama dengan mereka yg beriman dan beramal soleh..
berehat dan terpelihara dari segala kejahatan
sementara menunggu kehidupan yg hakiki bersama mama dan ayahnya,kakak dan adik2nya
di alam akhirat nanti..
AL FATIHAH untuk Luqman Hakim
serta semua muslimin dan muslimat di alam barzakh

ALLAHURABBI~

Thursday, June 10, 2010

Koleksi Soutul Muttaqin

 

                                                        ~Antara koleksi Soutul Muttaqin ~

ALLAHURABBI~

Soutul Muttaqin

Assalamualaikum..

SOUTUL MUTTAQIN???

Ya,suara org yg bertaqwa..

Ha,,ni la risalah yg diterbitkan oleh Lajnah Penerbitan dan Penerangan  
Surau Al Muttaqin kat kolej ana dulu..
Setiap hari Jumaat, diedarkan di setiap bilik, di setiap blok.

Alhamdulillah, segala gerak kerjanya lancar..cume ade la beberapa mslh yg mmg x blh nk di elakkan,jd x dpt nak publish utk beberapa minggu..
 Ade yg tertunggu2.. Ade gak yg tertanya2.. Ade gak yg mendiamkan diri
*eh,betul ke?..(diam menunggu atau diam menyepi,wallahua'lam..)
Asif sahabati..
Ape2pun,syukran jazilan kerana menyambut baik risalah ini..(^_~)
Moga setiap isinya dapat diambil dan dijadikan tarbiyah utk kita semua meskipun dah keluar kolej,insyaALLAH..
~serta menyampaikannya..walaupun satu ayat..


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

 
Abu Umamah r.a


Wallahua'lam~

Tuesday, June 8, 2010

"Satu Amanah"

Satu Amanah

(HIJJAZ)


Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”
~ALLAHURABBI~

Bicara bermula..

Salam ukhuwah,,
Salam selautan mahabbah,,

~farah najiha~

Amanah..

Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.Selepas tamat SPM,aku melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam jurusan Sains Hayat. Wah,,inilah kali pertama aku berjauhan dengan mama dan ayah,keluarga tercinta.Maklumlah,aku hanya sekolah harian biasa dan x ade asrama.Janggal pada mulanya hidup tanpa mereka di sisi, namun lama-kelamaan aku semakin membiasakan diri,bak kata pepatah melayu, alah bisa,tegal biasa..

              Mula-mula menjejakkan kaki ke sana,aku tahu satu amanah yang besar yang harus aku pikul demi kecemerlangan akademikku.Awal-awal lagi aku set diminda bahawa di sini aku ingin belajar saje dan tak akan pegang apa-apa jawatan sekalipun.Tapi,itu hanya kemahuan aku.
Aku dilantik untuk mengisi jawatan tertinggi di blok yang mana pada mulanya aku menolak jawatan tersebut kerana memikirkan amanah yang lagi besar yang harus aku laksanakan.Huhh..Pasti membebankan..Lagi-lagi di matrik yang sistem pembelajarannya cukup pantas..

               Puas akak Farah(fasi ketika orientasi) memujukku.Aku terima..Aku yang pada mulanya tak mengerti akan maksud sebenar mengapa aku diletakkan di posisi ini, hanya menolak kata-kata akak farah.Tapi,kian lama aku memegang amanah tersebut,aku terhenti dari lamunan.Lamunan jahiliahku.Aku sedar betapa pentingnya amanah tersebut.BUKAN untuk bermegah tapi demi kepentingan Islam.."Dalam Islam, jawatan juga penting agar suara kita didengari,bukan untuk salah guna kuasa, tapi untuk membela kebenaran"Aku mengerti..Astaghfirullah..lewat hambaMu ini mentafsir dengan tafsiran sebenar..Alhamdulillah,aku banyak dibantu sahabat seperjuanganku dalam melaksanakan amanah ini.Syuran jazilan sahabat..Dan semua ini adalah daripadaNya jua,alhamdulillah..ALLAHURABBI..

~sekecil-kecil amanah akan dinilai oleh ALLAH meskipun sebesar biji sawi..apatah lagi yang besar.Amanah kpd diri sendiri,amanah sebagai anak,amanah dalam jawatan,amanah dalam berjanji dan sebagainya..
Hidup kita ini sebenarnya dikelilingi dengan amanah.
Amanah MASA yang diberi ALLAH,ini yang selalu dianggap kecil  dan remeh..Walhal,perkara tersebut akan dipersoal oleh ALLAH di akhirat kelak.~Masa itu AMANAH~
**terkene batang hidung sendiri sebenarnya..hehe
Akan kukoreksi diri ini insyaALLAH dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan..

~Sedikit peringatan utk diri ini dan juga sahabat sekalian..

ALLAHURABBI~