Search This Blog

Monday, January 17, 2011

Bisikan Hati


   Segenap hati ini berbicara,

betapa aku sygkanmu fillah,

merenung jauh hati yang gelisah,

adakah aku shbt yang layak digelar shbt utkmu?
meronta hatiku..bimbang aku melukaimu..



aku berserah padaMu tuhanku
hanya padaMu aku ungkapkan,
dalam setiap bait doaku,
meski tak diketahui dirinya,

kerana kuyakin Kau ada utkku meluahkan segalanya dihatiku..



Ya ALLAH,

terbongkar rahsia antara aku denganMu,

aku melafazkan saat dia membaca tulisanku ini,
dengan saksi daripadaMu,
aku amat sayangkannya keranaMu,
yang kuharap redhaMu dalam ukhuwah ini,
yang kupinta rahmatmu dalam kemesraan ini,
seiring dengan amanah yang kau beri untukku,
shbtku ini tak pernah sekali aku melupainya,
jauh sekali utk aku meninggalkannya



aku yang bersalah,x pandai hargai apa yang kau beri,
x tahu meluahkan dengan sepenuh hatiku dengan lisan,
Ya ALLAH,
kau penyatu hati kami..
sampaikan padanya,bahawa dia sebenarnya yang telah mencuri hatiku..





ALLAHURABBI~

Saturday, January 15, 2011

Tutup Buku Lama>>>Buka Buku Baru



Assalamualikum..
Hampir setengah bulan kita berada dalam tahun 2011 masihi dan tahukah kita sekarang ini berapa hari bulankah dalam tarikh Islam?
Tahu?
Alhamdulillah..(^_^)
Kalu "terlupa",cepat2 belek2 kalendar hijriah kerana ini kalendar Islam yg di asaskan oleh Saidina Umar Al Khattab ,khalifah kedua dalam kalangan Khulafa' Arrasyidin.
Kita orang Islam,mesti kena ingat!
InsyaALLAH sama-sama kita ingat!

Arus kehidupan yang kita jalani lalu,tentu membawa dan menyimpan 1001 memori,
Kenangan...
Pengalaman..
Nikmat..
Ujian..

Sama ada suka atau duka,yang tak mungkin kita biarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa menyimpannya kemas-kemas untuk diambil iktibar dan sebagai pembakar semangat untuk terus menelusuri hidup yang semakin pendek ini.
Pendek?
ya,pendek!


Semua yang kita lalui mempunyai hikmahnya yang tersendiri..Tidakkah kita merasa itu?
Cuba kita perhatikan satu-satu,tiap yang telah kita lalui dulu.Pasti ada sebabnyakan mengapa ia terjadi.

Cerita gembira??
Terasa ingin berada di situasi itu lagi.Wow,terasa tak mahu meninggalkan gembiranya kita pada waktu itu.
Hati yang suka membuatkan kita terus membara gembira!(^_^)

Lalu cerita sedih bagaimana??
Tentu saje kita berduka,bermuram durjana,menitislah air mata dengan hati yang berkecamuk,sedih,pilu..
Lantas,hati bermonolog sendiri,mengapa aku yang hadapi semua ini?



Tapi,hikmahnya ada di situ
Tidakkah kita cuba perhatikan dalam-dalam,
 Setiap yang ALLAH berikan pada kita?
Baik cerita gembira atau cerita sedih
Yang sebenarnya mentarbiyah hati yang dahagakan kucupan sayang daripada ALLAH..
Subhanallah..
Tidakkah kita merasa itu saudaraku..?
Tarbiyah  atau didikan ALLAH ini adalah hikmah
Yang mahu kita sentiasa mengingatiNya
Yang mahu kita lemas dalam zikrullah 
Dalam setiap saat yang masih terhela pada kita

If you love ALLAH,ALLAH will love you!

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!

"Sesungguhnya tuhanmu hanyalah ALLAH,yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. PengetahuanNya meliputi segala sesuatu"-surah Thaha:98

ALLAHURABBUNA


p/s: Pesanan amanah buat diri yang menulis,selamat buka buku baru!