Search This Blog

Monday, July 12, 2010

Subuh Dan Aku??


 Pada pagi itu,seperti mana pagi-pagi yang lain,aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.
"Assalamualaikum" seru Subuh.
"Wa'alaikumussalam" sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Aku bertanya khabar Subuh,
bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi," kata Subuh dengan sayu, "....aku baru sahaja melintasi satu tempat.Kucari tempat
persinggahan,ku ketuk rumah-rumah yang sunyi,tapi stau pun tiada yang mahu menerimaku
sebagai tetamu."Dan air mata Subuh pun berlinangan.

"Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?"
Subuh mengangkat mukanya.

"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai.Orang-orangnya sepertimu,
menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta
mengiurkan.Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud,puas kucari di bumi lain,tapi
jarang kujumpa."
"Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka."

Dan subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu
dengan buah yang kau sukai."
"Tapi aku ada roti Shiyam,"cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punyanya,"kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuh.

"Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas air mata tangisan,"
pinta Subuh.

Aku agak sugul.Bagaimana haruusku beritahu pada Subuh yang air mata tangisanku sudah hampir
kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan air mata tersebut.
Aku terkejut,Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan kau berdetik di dalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi,kubawa air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuapkan manisan
yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh.."seruku."Mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh."
Subuh tersenyum,"Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,seperti mana aku menguliti mimpimu."
Aku akur dengan penjelasan Subuh.

"Subuh.."seruku lagi apabila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaALLAH,"jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan tetap tetapi tetap.
"Assalamualaikum" seru Subuh.
"Waalaikumussalam" jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh yang semakin laju dengan setiap pandangan.

Terlintas difikiranku ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak?
namun jawapannya tersirat dalam diri kita sendiri.

"sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang tak baik itu daripada diri kita sendiri"

"Sesungguhnya ALLAH itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam seluruh permasalahan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

~Soutul Naajihin~



ALLAHURABBI~

No comments:

Post a Comment