Search This Blog

Monday, July 12, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum..
"Ummati,ummati,ummati.." itulah kata-kata terakhir Rasulullah sebelum baginda wafat.
Begitu kasihnya Rasulullah S.A.W pada kita,masih lagi ingatkan kita walau Izrail sudah bersedia menjemput baginda.
Tapi macam mana pula kita?Hati kita sendiri yang mampu menjawabnya.
Tak rugi jika kita luangkan sedikit masa untuk membaca dan menghayati pesanan Rasulullah S.A.W.

 KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijriyyah
Di Lembah Uranah,Gunung Arafah


                    "Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci.Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah,sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu,dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.ALLAH telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

               Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamudalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikitinya dalam perkara-perkara kecil.

              Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

              Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH,dirikanlah solat lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.kamu semua adalah sama,tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

              Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu,awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

               Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dengan dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al Quran dan Sunnahku.

             Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikan pula kepada orang lain dan orang lain itu menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus daripadaku.saksikanlah Ya ALLAH,bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu."

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]


Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta.
Moga kasih sayang dan cinta kita pada baginda terus berbuah lebat,ranum,harum mekar di kamar hati..
Jom sama-sama kita usahakan..
InsyaALLAH..
 (^_~)


ALLAHURABBI~

No comments:

Post a Comment