Search This Blog

Tuesday, June 8, 2010

Amanah..

Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.Selepas tamat SPM,aku melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam jurusan Sains Hayat. Wah,,inilah kali pertama aku berjauhan dengan mama dan ayah,keluarga tercinta.Maklumlah,aku hanya sekolah harian biasa dan x ade asrama.Janggal pada mulanya hidup tanpa mereka di sisi, namun lama-kelamaan aku semakin membiasakan diri,bak kata pepatah melayu, alah bisa,tegal biasa..

              Mula-mula menjejakkan kaki ke sana,aku tahu satu amanah yang besar yang harus aku pikul demi kecemerlangan akademikku.Awal-awal lagi aku set diminda bahawa di sini aku ingin belajar saje dan tak akan pegang apa-apa jawatan sekalipun.Tapi,itu hanya kemahuan aku.
Aku dilantik untuk mengisi jawatan tertinggi di blok yang mana pada mulanya aku menolak jawatan tersebut kerana memikirkan amanah yang lagi besar yang harus aku laksanakan.Huhh..Pasti membebankan..Lagi-lagi di matrik yang sistem pembelajarannya cukup pantas..

               Puas akak Farah(fasi ketika orientasi) memujukku.Aku terima..Aku yang pada mulanya tak mengerti akan maksud sebenar mengapa aku diletakkan di posisi ini, hanya menolak kata-kata akak farah.Tapi,kian lama aku memegang amanah tersebut,aku terhenti dari lamunan.Lamunan jahiliahku.Aku sedar betapa pentingnya amanah tersebut.BUKAN untuk bermegah tapi demi kepentingan Islam.."Dalam Islam, jawatan juga penting agar suara kita didengari,bukan untuk salah guna kuasa, tapi untuk membela kebenaran"Aku mengerti..Astaghfirullah..lewat hambaMu ini mentafsir dengan tafsiran sebenar..Alhamdulillah,aku banyak dibantu sahabat seperjuanganku dalam melaksanakan amanah ini.Syuran jazilan sahabat..Dan semua ini adalah daripadaNya jua,alhamdulillah..ALLAHURABBI..

~sekecil-kecil amanah akan dinilai oleh ALLAH meskipun sebesar biji sawi..apatah lagi yang besar.Amanah kpd diri sendiri,amanah sebagai anak,amanah dalam jawatan,amanah dalam berjanji dan sebagainya..
Hidup kita ini sebenarnya dikelilingi dengan amanah.
Amanah MASA yang diberi ALLAH,ini yang selalu dianggap kecil  dan remeh..Walhal,perkara tersebut akan dipersoal oleh ALLAH di akhirat kelak.~Masa itu AMANAH~
**terkene batang hidung sendiri sebenarnya..hehe
Akan kukoreksi diri ini insyaALLAH dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan..

~Sedikit peringatan utk diri ini dan juga sahabat sekalian..

ALLAHURABBI~

1 comment:

  1. Alhamdulillah....
    Farah dah melaksanakan yg sehabis baik amanah yg dipertanggungjwbkan di matrik.
    Moga perjuanganmu xt'henti sampai di sini. InsyaAllah (=

    ReplyDelete