Search This Blog

Tuesday, July 6, 2010

Satukan hati kami..

Detik itu,Ahad itu,
hatiku berteriak riang,
syukur pada yg Esa,kerana menemukan kami kembali,
gembira x terkata dpt berjumpa dgn sahabat yg amat kusayangi keranaNya,
cium tangan umi..cium tangan akak..
rindu yg lamanya bertamu ingin ku lepaskan sepuas-puasnya,
terasa x mahu dilepasklan dari pelukannya,
terasa ingin bersama dengannya sentiasa,
sentiasa dan sentiasa..

waktu yg singkat itu kugunakan sebaik mungkin,
bergurau senda,bergembira manja dengannya,
bahagianya terasa..
tp waktu itu...singkat..terlalu singkat..
untuk aku melepaskan semua rindu yg bergelojak di jiwa..

sempat aku membantunya mengangkat barang2..
menjenguk biliknya,
duduk dalam bas bersama..
sempat juga sahabatku itu menunjukkan barang2 barunya..
hehe..
dihadiahkanku gambar kenangan,siap boleh berpusing lg..
frame gambar,teddy bear..
yg x boleh tahan..kucing pun diletakknya..
dye tau aku geli dgn kucing..
mujur kucing tipu.. hehe..

aku x boleh lama,ayahku perlu menjemput adikku di sekolahnya..
terasa berat kakiku utk melangkah pulang..
terlalu singkat waktu itu..
perpisahan kami di akhiri dengan lambaiannya..
rindunya waktu tu...
rase x nk balik aje..

dihadapannya,
aku menahan sebak hatiku,
aku menahan air mataku daripada jatuh..
ingin sentiasa senyum di hadapannya..

bila semakin jauh..
xtertahan lg utk aku menanggungnya..
apatah lg bila bersendirian..
malah sehingga kini..yg kutahu tiada noktahnya..
rindunya....
rindu yg teramat rindu pd sahabatku..
rindu yg menjadi pemangkin utk aku bersamaMU..
Dekat denganMU ya Rabbi..

Ya ALLAH,
ENGKAU peliharalah ukhuwah kami agar sentiasa berada dalam jagaanMU,
ukhuwah yg ENGKAU berkati,yg ENGKAU redhai,
jadikan ukhuwah ini,utk kami terus berada di sampingmu Ya ALLAH..
Peliharalah hati kami,sentiasa berada dalam jalan menuju syurgaMu..
biar berbatu jauhnya,tp jangan ENGKAU pisahkan hati kami..
satukanlah hati kami dengan kasih sayang keranaMU,rindu keranaMu..
hanya kpdMU tempat aku meluahkan segala isi hatiku..
Semoga ukhuwah ini berkekalan..hingga ke syurga..
Ana Uhibbuki Fillah Ya Ukhti..!!

ALLAHURABBI~

No comments:

Post a Comment