Search This Blog

Thursday, June 17, 2010

Selamat Jalan adikku..

Assalamualaikum..



Tarik nafas.....dalam2....dalam lg...lg....
Oopppss,,tahan....tahan....
Lepas....
Hahhh...segarnye rase kan..

Inilah nikmat udara yg ALLAH kurniakan kpd kita untuk kita bernafas..
Helaan demi helaan,,
Dari saat ke saat,hari ke hari,tahun ke tahun..
Sehinggalah waktu ini..detik ini..
Alhamdulillah..
Masih berpeluang kita melihat bumi ciptaan ALLAH..
Subhanallah..
Sama-sama kita lihat dgn pandangan hati kita..
Hijaunya daun,birunya awan..
Syukur ats segala nikmat kurniaanNYA,
Kita hidup di atas muka bumi ini..

Hampir 5 bulan rupanya adikku pergi..
Pergi jauh meninggalkan segala yg ada di dunia ini..
Melainkan harta amalannya,ilmunya yg dimanfaatkan,dan doa drpd mereka yg soleh..

Msh teringat lg saat itu..
Deringan telefon..
Panggilan drpd ayahku..
"kak,akim accident!"
"Lahaulawalaquwataillabillah!!dekat mana ayah??"

Waktu tu..aku sorang kat umah..adik2ku yg lain kat asrama..
Mamaku keje..belum pulang..
Waktu ayah menelefonku,ayah br dapat tau n terus bergegas ke tempat kejadian..

"Kak!tu akim kak!!tu akim!..terbaring lg tu..kak....!"
"Allah!!Ayah,,cepat yah,,cepat tgkkan akim"

Aku terduduk kaku..tak terdaya rasenya..
Tgnku bergetar..jantungku bagaikan tak berdegup..

Ku gagahkn jua,telefon mama..

"Assalamualaikum..blh ckp dgn mama?"
"Wa'alaikumussalam..mama tgh solat asar,mama dh tau ttg akim..sabar farah..banyakkan berdoa..nanti kak Ina bgtau mama yg Farah telefon ye.."Kak Ina(pekerja mamaku) menjawab panggilanku.Cuba menenangkanku.

Beberapa minit slps tu,mamaku sampai umah..
Sepupuku yg pandu kereta,menuju Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Sepanjang perjalanan,aku cuba menenangkan diriku dan jg mama.Cuba beri kekuatan kpdnya.
Aku maklumkan kpd sahabat2ku,agar mereka dpt mendoakan sama.


Ramai rupanya yg menunggu di hospital
'Zon merah'..
Di situlah adikku ditempatkan..
Mama cuba kutenangkan lg..Ayah jg menghampiri..
Menceritakan pd mama keadaan akim..
Aku x nak dgr..Aku x sanggup..

Hari semakin gelap..malam semakin kelam..
Namun,akim msh x sedarkn diri..
Adik2ku yg di asrama,br tiba di hospital mlm tu
Pak cik yg menjemput mereka..

Sebaik jumpa,kami berpelukan erat..
Cuba menghilangkn hiba..
Namun kami tewas..
Esak tangisan adikku,kedengaran waktu itu..
Aku sebagai kakak sulung,cuba memberi semangat pd mereka
Sedangkan waktu tu,aku jg lemah sebenarnya..
Aku membawa mereka duduk di penjuru tempat menunggu..

Jam 1 pg..
Adikku,akim msh belum sedar lg sejak pukul 5 ptg td..
Mama dan ayah berulang alik ke surau..
Sujud padaNya memohon spy adikku diselamatkan..spy kami ditabahkan..

Jam 5 pg..
Kami menuggu dan terus menunggu..Pg ni kami duduk di surau hospital.
Sabar dan pasrah segalanya pd ALLAH..
Tika itu,mama berpesan kpd kami 3 beradik..
"Skrg ni,condition akim lemah sgt..Akim dah guna bantuan pernafasan.."
"Akak,adik,ebi..Jgn putus doa pd ALLAH..Mama redha atas apa yg ALLAH tentukan ini.mama harapkan,anak2 mama jg mcm tu,trus tabahkan hati.Andai ada apa2 yg berlaku pd akim,ingat anakku,ini ujian ALLAH pd kita.Kita redha ye.."dalam linangan air mata,mama berpesan.

Selepas solat subuh,hanya mama dan ayah yg menuggu akim di wad kecemasan.Sementara aku menemani adik2ku yg keletihan,menumpang tdur di surau hospital.
Lena mereka tidur..kesian adikku,kepenatan agaknya..

Jam 11pg(lbh kurang)
Mama menelefonku..
"Assalamualaikum kak..Akim..Akim dh x ada.."

Innalillahiwainnailaihirajiun..
Perginya satu-satunya adik lelaki ku..
Adik yg ceria,
Selalu gaduh manja dengannya,
Berdebat x sudah dengannya..
Kini..akim x ade lg..ALLAH tlh mengambilnya semula..

Perlahan-lahan,aku kejutkan kedua-dua adikku..
Tak sampai hati rasenye utk khabarkan pd mereka..

"Dik,ebi,bangun2..jom pegi wad..Mama panggil td.."kataku,cuba sembunyikan dulu.

Dalam perjalanan menuju ke wad itu,ku cuba ungkapkan perlahan-lahan..
Menitis jua akhirnya air mata ini,x dapatku bendung lagi..

Kami mendapatkan mama dan ayah..
Berpelukan erat..
Menerima segala takdir dengan redha..Sabar ats segala ketentuannya..

Drpd ALLAH kita dtg,dan kpd ALLAH jualah kita kembali
Setiap kenangan yg terukir bersamanya,tetap bersemadi dlm ingatanku..
Indahnya waktu itu..
Namun ku yakin,setiap apa yg ALLAH uji,pasti ada hikmah disebaliknya..
Meskipun kini akim sdh tiada,arwah sentiasa ada dlm hatiku..
Sebagai adik lelakiku,selamanya...

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. orang-orang yang berbuat baik di dunia Ini memperoleh kebaikan. dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
Surah Az Zumar : Ayat 10

Moga Luqman Hakim Bin Zamalolaily ditempatkan bersama para solihin..
~Al Fatihah

-11 June 2010-

 ALLAHURABBI~

2 comments:

  1. "Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, jiwa dan buah-buahan serta berikan berita gembira kpd orang-orang yg sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadanya kami kembali." Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat drpd Tuhanmereka dan mereka itulahorang yang mendapat petunjuk."

    al-Baqarah: 155-157

    semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amiinn~

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan ainni..
    aminn ya rabb..

    ReplyDelete